Tabiat dan ekologi Impala

Sekumpulan impala bermuka hitam yang diperkenalkan ke Taman Negara Etosha

Impala aktif terutamanya di siang hari, namun aktivitinya cemderung berkurangan ketika waktu tengah jari yang panas; pada sebelah malam pula kawanan haiwan ini pula akan mencari makanan dan berehat pada waktu in.[2] Terdapat tiga kumpulan yang tersendiri yang dapat diperhatikan dalam sesebuah kawanan: kumpulan jantan berwilayah, kumpulan jantan tidak berpasangan dan kumpulan betina.[4] Kumpulan yang pertama ini akan memegang kawasan di mana impala-impala ini akan membentuk kawanan pasangan sendiri, dengan wilayah masing-masing ditandakan sempadannya oleh najis serta dilindungi daripada penceroboh muda mahupun yang jantan.[2] Kawanan jantan yang tidak berpasangan cenderungnya kecil dengan bilangan kurang daripada 30 ekor. Setiap individu jantan mengekalkan jarak sesama mereka sejauh 2.5–3 meter (8.2–9.8 kaki) ; Individu jantan yang tua dan muda barangkali boleh bersemuka tanpa sebarang masalah, tetapi jantan yang berusia pertengahan pula akan mengelakkan diri daripada bertembung melainkan untuk tujuan berlaga. Saiz kawanan betina berbeza deri segi bilangan mereka dari 6 to 100 ekor; kawanan-kawanan ini secara keseluruhannya meliputi kawasan kediaman seluas 80–180 hektar (200–440 ekar; 0.31–0.69 m²).

Impala memakan tumbuhan monokot, dikot, forb, buah-buahan dan lenggai pokok Acacieae (jika ada). Haiwan ini menggemari kawasan yang berdekatan dengan sumber air dan akan memakan tumbuh-tumbuhan sukulen (yang menyimpan air)[5] jika sumber air tersebut menjadi kurang.[2] Sebuah analisis yang dilakukan mengenai diet pemakanan impala menunjukkannya terdiri daripada 45% tumbuhan monokot, 45% dikot and 10% buah-buahan; kadar kandungan rumput dalam diet bertambah secara ketara (sehingga setinggi 90%) selepas mulanya musim hujan, tetapi kemudiannya menurun pada musim kemarau.[6]